Kita hidup
bermasyarakat. Di keliling kita terdapat ramai orang yang bersama-sama meneruskan hidup. Kalau masing-masing duduk dalam
gua makanya buang Karen lah aku ulas tajuk kat atas tu..
Masyarakat
setempat akan membina satu komuniti, dari pelbagai komuniti akan lahirlah pula istilah yang kita panggil Negeri dan akhirnya Negara.
Susur galur ini berpuncakan asas yang sama, runtuh komuniti bermakna akan
runtuh la Negara. Sejarah telah menyatakan dengan jelas akan tamadun kita yang
hancur akibat dari permasalahan yang
berstrukturkan komuniti ini. Dalam istilah sains pula jika campuran sebatian kimia
itu tidak stabil maka akan menyebabkan ia terpecah dengan sendirinya. Macam
Profesor kangkung plak aku ni haha.
Penyakit
hati dalam masyarakat sejak dari zaman dahulu adalah sama
dan masalah ini di percayai akan berterusan tanpa diketahui cara untuk
menyelesaikannya. Batu dan api adalah
dua unsur sebatian yang berlainan.
Apabila dua batu yang keras di ketuk bersama akan menghasilkan percikan api.
Dengan factor lain yang menyumbang seperti oksigen dan bahan bakar yang sesuai
maka akan terbakar lah hatiku huhu..
Masyarakat
yang berhatikan batu berapi ini tidak pernah belajar dari sejarah. Tidaklah di
ketahui keseronokan menjadi batu api ini melainkan kita tumpang sekaki hehe.
Aku pernah tengok orang pompuan main tarik rambut sebagai reaksi dari batu yang
telah di apikan manakala orang yang meng’api’kan hanya tersenyum kambing. Itu
belum lagi dua jantan yang bertumbuk atas masalah yang sebenarnya tak jadi
masalah pon. Semuanya adalah angkara hati panas akibat di apikan.
Orang yang
menjadi batu api tidak boleh menjadi Sang Kelembai kerana ditakuti akan
menyebabkan ramai orang lain yang akan bertukar jadi selipar ataupun mangkuk jamban tetapi amat baik jika
si batu api ini di tinggalkan serumah dengan Sang Kelembai. Ini akan menjimatkan
kos kerana si batu api ini boleh disumpah mengikut keperluan haha.. kalau nak
tengok tarian tiang hanya perlu menyumpah dia jadi penari tiang..kalau nak
kupas kelapa sumpah je dia jadi parang..kan sonang..
No comments:
Post a Comment