Sunday, May 14, 2017

Berlari ke Langit

Sedang aku mengelamun..terlintas kat kepala aku ayat “Berlari Ke Langit”. Tak tau la aku kalau ayat tu dah digunakan oleh Pembikin filem atau penulis Novel. Yang aku tahu tiba-tiba ayat tu bermain kat kepala aku.
Seumur hidup aku,2 kali aku masuk bilik bedah. Kali pertama masa aku kena belah kat perut masa perut aku sakit 2011 dahulu. Ada komplikasi ubat bius doctor cakap kat aku masa lepas bedah tu. Pesan doctor,kalau kena bedah lagi lepas ni kena bagitahu pihak hospital yang aku ada alahan bius.
2016..Aku accident. Tulang kaki retak..tulang tangan pun retak.. kena belah lagi doctor cakap sebab nak masukkan  besi. Aku maklumkan doctor pasal sejarah pembedahan aku. Doktor bius buat langkah berjaga-jaga.  Alhamdulillah..aku selamat walaupun nak dekat 2 hari aku kat ICU kesan alahan ubat masa bedah. Kena gi Allergic Center kat HKL untuk test ubat apa yang aku tak boleh. Hasilnya dapatlah result yang pada aku mungkin hanya sekadar atas kertas. Bukan aku tak percaya result tu,Cuma hati kecil aku tak yakin yang itu adalah penyebabnya. Seumur hidup aku,semua ubat yang klinik atau hospital bagi,aku telan je dan Alhamdulillah tak pernah jadi apa-apa..
Kali ke 3? Tulang bahagian tangan aku ada masalah. Doktor kata ada tulang yang dah mati kesan kemalangan 2016. Nampak mudah tapi sebenarnya rumit sebab aku kena gi HKL atau HUKM untuk sahkan procedure. Hospital Seremban tak buat procedure kes aku ni. Doctor kata ada beberapa kaedah yang boleh digunakan. Aku malas nak amek pot. Apa yang diaorang nak buat..aku terima.
Tuhan uji aku dengan musibah..Tuhan uji aku dengan kesakitan.Aku redha. Banyak perkara yang aku belajar semasa aku diuji.

Perjalanan hidup.. tak siapa tahu dimana pengakhirannya. Mungkin Allah bagi aku peluang untuk teruskan hidup semasa kali pertama dan kedua. Mungkin Allah akan ambil aku kali ini.. Tak siapa tahu  dan hanya Allah yang tahu semuanya.. Hospital tanya  aku samada aku nak teruskan atau tidak. Aku takde jawapan.. Usaha..Doa dan tawakkal..  Teruskan adalah usaha.. doa aku..semoga Allah permudahkan urusan dan bagi kesembuhan kat aku.. selebihnya aku berserah.. Jika itu pengakhirannya.. semoga Allah ampunkan aku dan merahmati aku..aku Redha atas segala ketentuan…

Monday, May 5, 2014

Jika Itu Jalan nya

Lebuhraya kehidupan ini bersimpang siur..
Bingit dengan deruan manusia..
Manusia yang bermacam cara..beragam hina..bertahta prasangka..

Jalan ini..
Adalah jalan ku..
Seandai dicerca..  apalah ada..
Kerana.. aku adalah aku

Manusia itu..
Adalah manusia..
Yang mengaku raja.. sebenarnya hamba..
Yang mengaku sempurna..hanyalah dimata..

Wang dan nyawa ditimbang neraca..
Ketawa menjunjung harta.. Angkuh dengan setitis gula..
Tiada sepadan apa yang di puja..

Andai bintang milik ku..
Bercahayalah seadanya..mengikut aturan Pencipta..
Andai Matahari milik ku..Moga menerangi setiap dari jalan ku..

Dengan harapan.. sebuah kehidupan………..

Wednesday, April 30, 2014

Kajang Pak Malau Kajang Berlipat

Lama sudah aku membisu kat dalam blog ni.. Kerja banyak beb.. Sampai nak mengurat pun takde masa haha..

Life aku sekarang tak berapa rumit sangat macam dulu-dulu.. Aku tengah pikir camana nak jadi kaya. Nak merompak tak boleh..masuk jel nanti sia-sia huhu..nak jadi bapak ayam pun tak boleh..masuk jel gak..
Nak jadi jigolo memang dah tak laku haha.. maka nya..masih lagi berfikir caner nak dapat duit banyak-banyak ni.

Ada orang kata join MLM..aku dah penah buat dulu..hasilnya aku tak segigih orang-orang yang telah berjaya. Nak  jadi tukang urut rasanya takkan jadi kaya kecuali ada yang nak suh aku urut pastu bayar aku 1 juta. Bila di kenang kembali..mana de orang jadi kaya tiba-tiba. Mana de istilah duit jatuh dari langit. Tuhan suruh kita usaha. Jadi aku nasihatkan diri aku dan orang-orang yang membaca tulisan ini supaya berusaha huhu.

Seronok rasanya ada banyak duit.. boleh beli apa sahaja yang terlintas dalam kepala otak ni.. Rumah besar..kereta besar..Motor besar..bini je yang aku nak cari kecik sikit..senang nak dokong haha..

Sekadar impian.. belum lagi menjadi kenyataan..Fitrah manusia..banyak duit memang kita akan dipandang setinggi langit..Tak de duit alamat memang melayang la macam buih sabun


Apapun..sama ada berduit atau tidak.. berpijaklah kita dibumi nyata.. duit tak boleh dibawak ke kubur.. Mana yang berkiblatkan duit semata-mata tu sendiri mau ingat la.. Tata..titi..tutu..

Tuesday, December 10, 2013

Add Aku Kat Facebook

Bagi Yang Nak Kenal Aku Ni Sila-Silakanlah Add Aku Kat Facebook : Khuswadi Mohd Ibrahim

Tuesday, November 26, 2013

LeLoNg..LeLoNg..LeLOnG


Macam biasa dah lama aku tak muncul dalam blog ni.. Masa takdela..bizi dengan kerja. Ni pun aku curi masa sikit sebab system out..

Kalau dalam ‘ebay’ korang boleh tengok ada yang melelong diri sendiri dan ada pulak yang  nak membeli tu.. pelik tapi benar hehe..


Kalau aku nak lelong diri aku ni rasa-rasanya ada tak yang nak beli huhu..  mari..mari..mari.. jualan murah ni hahaha

Thursday, August 1, 2013

Antara Penyebab..Pendapat dan akibat

Setiap dari kita tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Selagi kita bernama manusia,selagi itulah kesilapan akan menjadi lumrah bagi kita.

Apabila kita tersepak batu,batu akan menjadi mangsa makian sedangkan batu itu bukanlah orang yang menyepak. Kitalah yang menyepak batu itu..kitalah yang sebenarnya punca kerana tidak melihat dengan betul akan kedudukan batu itu, namun oleh kerana sakitnya tersepak batu,kita menjadikan batu itu sebagai penyebab untuk melepaskan kemarahan. Maka terlupalah kita akan sebab sebenarnya rasa sakit itu. Batu itu dilihat sebagai punca besar sedangkan mata kitalah sebenarnya yang patut dipersalahkan. Kita acapkali menjadikan akibat sebagai penyebab dan tidak lansung mahu melihat punca sebenar kesan dari akibat itu.

Manusia itu perlu selalu di peringatkan kerana kelalaian adalah salah satu sikap yang sentiasa ada pada kita. Melihat sesuatu dari hanya satu sudut akan memakan diri sendiri. Merasakan diri kita sentiasa betul juga akan menyebabkan kita bakal kehilangan sesuatu dalam hidup kita.

Tiadalah sempurna akan kita melainkan Rasul. Namun menjadikan kesilapan itu sebagai sesuatu yang biasa tidak akan mengubah kita menjadi manusia yang lebih baik. Berlapang dada itu perlu. berbaik sangka itu adalah kemestian. Tepuklah dada..tanyalah diri kita.. Dimanakah sebenarnya kita......