Powered By Blogger

Thursday, August 4, 2022

 SEBUAH KEMUNGKINAN


Kemungkinan itu hanya kemungkinan

Apakah ia menjadi kebenaran..

Atau sekadar igauan..

Biarlah masa yang menentukan..



Jejak langkah terus berlari..

Berkali tersadung aturan kaki..

Tersenyum dengan permainan masa....

Adakah jauh ataupun dekat..

Atau tertipu dengan muslihat hati.



Pengalaman hidup benah mengajar..

Setiap jejak ada langkahnya..

Setiap aturan ada kisahnya..

Setiap permainan akan ada pemainnya..



Walau tahu..kebenaran tersimpan..

Tetap berlalu walaupun lohong hitam menunggu.



Adakah firasat bersifat sangkaan..

Atau menunggu benarnya tersurat...

Siapa tahu..



Jerat tidak pernah melupakan mangsa..

Hanya mangsa yang selalu lupa..

Kerana mangsa hanyalah nama..Seolah dizalimi

Oleh diri sendiri..



Kadangkala tersenyum dengan langkah manusia..

Seringkali terlupa dengan jejak sendiri..

Biarlah masa menentukan..


















No comments:

Post a Comment