Powered By Blogger

Thursday, August 1, 2013

Antara Penyebab..Pendapat dan akibat

Setiap dari kita tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Selagi kita bernama manusia,selagi itulah kesilapan akan menjadi lumrah bagi kita.

Apabila kita tersepak batu,batu akan menjadi mangsa makian sedangkan batu itu bukanlah orang yang menyepak. Kitalah yang menyepak batu itu..kitalah yang sebenarnya punca kerana tidak melihat dengan betul akan kedudukan batu itu, namun oleh kerana sakitnya tersepak batu,kita menjadikan batu itu sebagai penyebab untuk melepaskan kemarahan. Maka terlupalah kita akan sebab sebenarnya rasa sakit itu. Batu itu dilihat sebagai punca besar sedangkan mata kitalah sebenarnya yang patut dipersalahkan. Kita acapkali menjadikan akibat sebagai penyebab dan tidak lansung mahu melihat punca sebenar kesan dari akibat itu.

Manusia itu perlu selalu di peringatkan kerana kelalaian adalah salah satu sikap yang sentiasa ada pada kita. Melihat sesuatu dari hanya satu sudut akan memakan diri sendiri. Merasakan diri kita sentiasa betul juga akan menyebabkan kita bakal kehilangan sesuatu dalam hidup kita.

Tiadalah sempurna akan kita melainkan Rasul. Namun menjadikan kesilapan itu sebagai sesuatu yang biasa tidak akan mengubah kita menjadi manusia yang lebih baik. Berlapang dada itu perlu. berbaik sangka itu adalah kemestian. Tepuklah dada..tanyalah diri kita.. Dimanakah sebenarnya kita......


No comments:

Post a Comment