Sedang aku mengelamun..terlintas kat kepala aku ayat “Berlari
Ke Langit”. Tak tau la aku kalau ayat tu dah digunakan oleh Pembikin filem atau
penulis Novel. Yang aku tahu tiba-tiba ayat tu bermain kat kepala aku.
Seumur hidup aku,2 kali aku masuk bilik bedah. Kali pertama
masa aku kena belah kat perut masa perut aku sakit 2011 dahulu. Ada komplikasi
ubat bius doctor cakap kat aku masa lepas bedah tu. Pesan doctor,kalau kena
bedah lagi lepas ni kena bagitahu pihak hospital yang aku ada alahan bius.
2016..Aku accident. Tulang kaki retak..tulang tangan pun
retak.. kena belah lagi doctor cakap sebab nak masukkan besi. Aku maklumkan doctor pasal sejarah
pembedahan aku. Doktor bius buat langkah berjaga-jaga. Alhamdulillah..aku selamat walaupun nak dekat
2 hari aku kat ICU kesan alahan ubat masa bedah. Kena gi Allergic Center kat
HKL untuk test ubat apa yang aku tak boleh. Hasilnya dapatlah result yang pada
aku mungkin hanya sekadar atas kertas. Bukan aku tak percaya result tu,Cuma hati
kecil aku tak yakin yang itu adalah penyebabnya. Seumur hidup aku,semua ubat
yang klinik atau hospital bagi,aku telan je dan Alhamdulillah tak pernah jadi
apa-apa..
Kali ke 3? Tulang bahagian tangan aku ada masalah. Doktor
kata ada tulang yang dah mati kesan kemalangan 2016. Nampak mudah tapi
sebenarnya rumit sebab aku kena gi HKL atau HUKM untuk sahkan procedure.
Hospital Seremban tak buat procedure kes aku ni. Doctor kata ada beberapa
kaedah yang boleh digunakan. Aku malas nak amek pot. Apa yang diaorang nak
buat..aku terima.
Tuhan uji aku dengan musibah..Tuhan uji aku dengan
kesakitan.Aku redha. Banyak perkara yang aku belajar semasa aku diuji.
Perjalanan hidup.. tak siapa tahu dimana pengakhirannya. Mungkin
Allah bagi aku peluang untuk teruskan hidup semasa kali pertama dan kedua.
Mungkin Allah akan ambil aku kali ini.. Tak siapa tahu dan hanya Allah yang tahu semuanya.. Hospital
tanya aku samada aku nak teruskan atau
tidak. Aku takde jawapan.. Usaha..Doa dan tawakkal.. Teruskan adalah usaha.. doa aku..semoga Allah
permudahkan urusan dan bagi kesembuhan kat aku.. selebihnya aku berserah.. Jika
itu pengakhirannya.. semoga Allah ampunkan aku dan merahmati aku..aku Redha
atas segala ketentuan…