Powered By Blogger

Tuesday, August 21, 2012

Aku dan hidupku siri 1

Tah apa la yang merasuk aku sampai aku nak bercerita panjang pasal sejarah hidup aku ni . Aku pecahkan kepada beberapa siri sebab takkan la kisah 36 tahun nyawa aku ni boleh di ceritakan  dalam masa 1 hari plak ye tak huhu.

Yang pasti kisah hidup aku ni memang aku je la yang baca .. Jangan lupa.. memang blog ni adalah untuk aku  hehe.. Tak akan  ada producer  yang nak buat drama atau tak akan ada penerbit yang sanggup kuarkan modal nak wayangkan cerite aku ni.. Cukuplah sekadar jadi bahan bacaan yang tak de makna kat orang lain kecuali aku.

Aku lahir kat Johor.Mak ayah aku memang orang Negeri Sembilan. Masa tu bapak aku bertugas sebagai 'Sojar' di kem Majidee.. jadi lahirlah aku kat sana. Aku pun tak berapa ingat apa aku buat masa aku kecik2 dulu.  Yang aku ingat sikit masa aku sekolah tadika kat Ipoh bila bapak aku kena posting kat kem sana. Cikgu tadika aku masa tu tak berapa suka aku.. aku pun tak tahu apa ke hal nya dia tak suka.. Aku rasa aku tak degil hehe.. best fren aku masa tu jiran sebelah rumah.. nama dia wati.. dengan dia la aku selalu pegi tadika pagi2.. Petang2 selalu gak aku join bebudak kat kem tu main konda-kondi..tak pun gi main senggayut kat pokok hantu yang banyak tali tu. Kisah masa tadika ni aku rasa tak banyak yang nak di ceritakan sebab benda dah berkurun.. jadi ingatan pun tak la banyak.. maklumlah..dah tua2 nih susah nak ingat kisah dolu2.

Bapak aku pencen 'sojar' sekitar awal tahun 80an. Masa tu aku dan keluarga kembali semula ke Negeri Sembilan.. Duk kat Batu Kikir.. Darjah 1 dengan darjah 2 aku bersekolah kat Sekolah Kebangsaan Batu Kikir. Sekali sekala aku dengan adik dengan abang dengan kakak aku tolong mak ayah aku kat kebun getah milik aruah 'Wan'.

Tak lama lepas tu bapak aku dapat masuk Felda..Felda Serting 4, bermulalah hidup aku sebagai anak peneroka merangkap anak seorang 'sojar' pencen.

Awal 80an dekat Felda bukanlah senang macam sekarang. 2 kepala paip air  di kongsi dengan 1 blok.. 'Karen' pun tak de masa tu.. Pakai bateri lori yang kena cas hari2 dengan lampu gasolin je. Lepas tu bapak aku beli ganerator. Tb pun jarang tengok sebab siaran dia start lebih kurang pukul 4 petang.. yang ada siaran masa tu pun tb1 dengan tb2 je  sebelum tb 3 join channel tahun 1985.  Aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Serting Felda. sampai la aku darjah 6. Satu yang aku pelik ialah masa aku sekolah rendah dulu aku selalu dapat jadi top 3 dalam kelas. Nak kata aku belajar pun tak jugak. Lepas je abis sekolah agama kompem aku gi join main kat area blok aku dengan budak2 situ sampai nak masuk maghrib.. Malam gi mengaji kat rumah Ustat Ali. Lepas tu terus tido hehe..

Sukan yang aku masuk masa sekolah rendah dulu ialah hoki.. dapat lah sampai wakil  daerah. Game hoki last yang aku ingat  masa main kat padang MPS. Kalah ngan sekolah Si Rusa PD 6-1 kalau tak silap aku. Masa sekolah rendah dulu rasanya aku tak pernah ada makwe kot. Ye lah kan. Orang tak kacak macam aku ni sapelah yang nak. Ada gak terdengar yang aku ada peminat.. cuma sekadar dengar je la kan..maklumlah.. tak cukup umur  hehe.

Kalau nak diikutkan keputusan UPSR aku tak la bagus sangat. Pernah apply MTD tapi tak dapat sebab mata rabun. Cuma yang aku ingat aku dapat 2 tawaran ke sekolah menengah. 1 kat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, 1 lagi kat Asrama Semai Bakti Felda Kelana Jaya. Atas nasihat keluarga , aku memilih ke Asrama Semai Bakti Felda Kelana Jaya iaitu  asrama untuk anak-anak peneroka.

Penat gak menaip ni.. Idea pun dah kurang.. Siri seterusnya adalah berkenaan zaman  masa aku kat asrama  Kelana Jaya.. InsyaAllah..ada rezeki nanti kita jumpa lagi.. Tata..Titi..Tutu..





No comments:

Post a Comment