Salam buat aku dan semua.. berjumpa lagi dalam kisah yang mengarut ni.. siri 2 kisah aku di zaman persekolahan ditangguhkan buat sementara untuk memberi laluan kepada iklan yang tah apa-apa ni hehe..
Dalam dunia ni ada bermacam-macam jenis manusia.. aku percaya semua orang pun dah jumpa paten2 species 'homo sapien' ni. tapi dimanakah kita? siapakah pula yang menilai kita.. dalam golongan apa pulak kita.. kalau tanya diri sendiri memang kompem kita akan kata bahawa sesungguhnya kita adalah manusia yang terbaik..apa yang kita cakap semua betul..apa yang kita buat semuanya tak ada yang salah.. pemikiran orang lain kalau tak selari dengan kita nescaya akan mengundang masalah..kalau ada bantahan dari orang lain maknanya memang orang lain yang bongok..soalannya..betul ke?
Pepatah melayu memang dah lama sebut dah..rambut sama hitam..hati lain-lain.. kalau hati semua sama walaupun rambut lain kaler..itu dah dikira satu kemajuan hehe.. jadi memang akan berlaku bab2 yang semua orang tahu kalau tak sebulu ni.. ada ke jalan penyelesaian bagi kes2 macam ni? tepuk dada..tanyalah selera.. aku no komen sebab memang benda2 macam ni takkan selesai.. tu sebabla orang suka bertelagah.. bertelagah tu satu hal.. kesan bertelagah pun satu hal.. memang akan jadi hal.. jadi..masing-masing punya hal lah nampaknya.. hal sendiri..sendiri la tanggung.. takkan nak longgok atas kepala aku pulak haha..
Tu je la isu yang aku nak mengarut..lain kali aku sambung lagi.. Tata..Titi..Tutu..
No comments:
Post a Comment