Mesti
pelik tengok tajuk yang aku bubuh kat atas tu hehe. Bukan untuk
mempersendakan Mat Jenin .. sekadar nak berkongsi kisah disebalik hikayat orang
lama-lama je.
Kalau orang yang suka berangan.. walaupun
berangan benda yang baik-baik dan bercerita pulak anganannya tu kat orang
lain.. nescaya akan di cop sebagai ‘Mat
Jenin’. Aku percaya yang semua orang pun ada angan-angan, Cuma tak disebut
angan-angan je.. disebut cita-cita.. apa beza ek ‘angan-angan’ dengan ‘cita-cita’?. Boleh tak kalau kita kata yang orang
bercita-cita tu juga adalah Mat Jenin. Kompem orang akan marah kalau kita kata
macam tu kan.
Aku dulu kecik-kecik berangan nak isap
rokok ‘gudang garam’ haha.. memang ada isap pun..kira dah tercapai la
angan-angan aku..tak semua orang yang
mencapai angan-angan ‘a.k.a’ cita-cita tu pun. Isu dia adalah, berangan tu
boleh.. tapi kenala ada langkah untuk mencapai angan-angan tu huhu. Setakat
angan-angan kosong makanya akan jadilah kita seperti Mat Jenin yang terlupa dia
tengah berangan atas pokok kelapa..syok berangan sampai jatuh dia ke tanah..
satu sen pun tak guna kan.. sian dia dan kita..ops..bukan kita.. aku la huhu..
Kalau ‘Mat Jenin’ berangan di tempat yang
betul..dan mempunyai langkah yang betul..dan tercapailah angan-angannya maka Mat Jenin akan menjadi lagenda.. dia tak akan
dimomokkan sebagai orang yang tidak berguna apatah lagi menjadi bahan senda...
Donald Trump pernah menjadi Mat Jenin.. tapi Mat Jenin tak pernah merasa untuk
menjadi Donald Trump sebab dia tak pernah di beri peluang haha.. Cubalah
jadikan Mat Jenin sebagai Donald Trump..Kisahkan semula cerita hikayatnya..maka
akan berlumba-lumbalah sekian umat melayu menjadikan Mat Jenin sebagai idola..
dan nama Mat Jenin akan bertukar menjadi ‘Matt Jennin’(ikut bunyi nama orang
puteh).. fikirlah sendiri..macam biasa la..tak kan nak suruh aku pulak yang
fikirkan.. Adios…
No comments:
Post a Comment