Powered By Blogger

Tuesday, September 4, 2012

Antara Dua Darjat


Memahami istilah ‘Antara Dua Darjat’ samalah seperti membezakan antara telefon ‘Nokia 3210’ dengan ‘Nokia Lumia’. Istilah itu sendiri sebenarnya terlalu luas, Cuma orang kita lebih suka menjumudkannya dengan membezakan  seseorang itu sama ada terlebih kaya  ataupun terlebih susah. Aku ni dah macam penganalisis bebas pulak haha. Saja suka-suka aku nak pecahkan kepala orang lain dengan kepala  aku yang setakat sekolah atap ni je.

Aku kadang-kadang pelik tengok anggapan manusia zaman sekarang. Darjat dinilai dengan melihat  jenis motokar yang orang lain pakai. Darjat dinilai dengan hanya melihat betapa canggihnya telefon bimbit yang di kendong ke hulu ke hilir oleh manusia lain. Tebal atau tidak ringgit didalam seluar yang lusuh tak pula dikira. Yang penting adalah gaya dan ia adalah penanda aras yang paling banyak diguna pakai oleh sekalian umat melayu. ‘Antara Dua Darjat’ juga boleh di ibaratkan seperti ‘Keperluan Dan Kehendak’. Ramai yang tertonggeng dan tak kurang pula yang terlingkup disebabkan istilah yang satu ini.

Apabila melintas sebuah kereta yang besar dan mahal maka akan terloponglah makhluk yang melihat kereta itu. ‘Wow’..itulah perkataan yang selalu terpacul. Orang yang didalam kereta besar dan mahal itu pula kadang kala sedang berkerut muka menahan lapar kerana terpaksa makan sekali sehari  untuk membolehkan ansuran motokar yang mahal itu dibayar haha..Kejam aku ni..suka-suka je mengata orang lain macam tu. Apa yang kita lihat kadangkala tidaklah benar seperti yang disangka..dan apa yang kita sangka kadangkala tidaklah benar seperti apa yang kita lihat. Manusia bermotokar besar seringkali disanjung dan manusia bermotokar kecil dan buruk juga seringkali dinilai seperti tiada harga. Sebuah kereta yang kecil dan buruk hanya ketinggalan 30 minit di belakang jika sama-sama bertolak dari Seremban ke Kuala Lumpur, bukannya tertinggal 30 hari kui kui kui. Dan cepatnya 30 minit oleh motokar mahal itu terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi jika dihitung perbezaan harga kereta dan bahan bakarnya. Pendek kata, untuk kehadapan 30 minit sahaja telah membuatkan ramai pemilik motokar besar hanya makan roti berlapikkan telur mata kerbau setiap hari, dan tak kurang pula mereka-mereka yang terpaksa memakan bekal orang lain untuk menjimatkan wang. Mesti ramai yang bebulu dengan aku.. pasti  mereka akan berkata ‘Duit aku..sukati akulah, aku tak mintak pun duit kau’. Sebenarnya, kalau mampu dan memang berwang banyak maka belilah apa yang nak dibeli, pakailah apa sahaja pun wa’ima kereta kebal sekalipun, Cuma bagi manusia yang merasakan ‘bermotokar besar’ adalah suatu darjat walaupun terpaksa berlapar maka fikir-fikirkanlah.. Tiadalah kemana darjat bermotokar besar kerana akhirnya akan menjadi besi buruk juga. Isilah perut dengan kelaziman yang biasa walaupun bermotokar kecil. Janganlah di pakai slogan ‘biar papa asalkan bergaya’ kerana slogan itu sendiri  telah merendahkan darjat kita.

Sekian saja untuk kali ini..lain kali aku boleh mengarut lagi.. babai..

No comments:

Post a Comment