Meneliti tajuk di atas ini pasti akan membuatkan ramai kaum hawa panas telinga, tidak kurang juga akan ada
yang murka kerana tidak bersetuju mereka akan setiap kata . Kata aku je kan hehe.. Bukannya
apa-apa pun..
Baru-baru ini aku menerima email dari seorang wanita yang cukup
hanya aku perkenalkan sebagai ‘Cik S’.
Terjumpa dia akan blog picisan aku ni semasa ‘mengoogle’ resipi biskut raya dan
terus terjatuh hati katanya dengan
segala isi perut blog ini (nak jatuh hati pada tuan punya blog ni pun apa
salahnya haha). Aku tak tahu pulak yang nama blog aku ni lebih kurang dengan
nama biskut raya. Maka berceritalah ‘Cik
S’ dengan panjang lebarnya tentang tajuk yang aku letak di atas. Betapa hatinya
terguris kerana dahinya telah dicop sebagai perempuan gedik dan betapa luka hatinya kerana memandang
serong akan orang-orang di Pejabatnya akan dirinya. Maka memintalah akan ‘Cik S’
agar aku mengutarakan pendapatku dan akan menerima seadanya walaupun pendapat
aku akan terkena batang hidungnya. Seronok jugak kan hentam menghentam
ni..jangan aku yang tergolek sudah haha.
Aku tak tahu dan tak dapat nak pastikan siapa yang mencipta
dan memulakan perkataan ‘gedik’ ni. Yang pasti jika perkataan ‘gedik’ ini sudah
ada semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka pasti akan ada Dayang-Dayang istana
yang lari meninggalkan Tok Bendahara lantaran tak terdaya dicerca dengan di panggil
‘gedik’. Orang yang mencipta istilah ini patut diberi pengiktirafan kerana
telah berjaya mencungkil salah satu tabiat manusia yang sebelum ini tidak
diketahui. Cuma yang menjadi masalah ialah kenapa mudah sekali umat manusia
terutamanya kaum hawa melabel kaum hawanya yang lain sebagai ‘gedik’. Mari kita lihat kupasan sembrono yang
aku nak buat di perenggan bawah.
‘Gedik’ terjadi
apabila sukanya satu kaum kepada kaum yang berlawanan jenis. Untuk
menzahirkan ‘kesukaannya’ itu maka akan tergedik-gediklah dia dan tergediknya
dia itu adalah semata-mata untuk mendapatkan perhatian orang yang di gedik. Susah nak faham
ni haha.. Kalau tiada suka dia akan sesiapa maka tidaklah dia menggedik dan tidak lah tercipta perkataan gedik itu
sendiri. Gedik adalah ekspresi diri semulajadi, lahir dari sukanya satu orang
kepada orang yang lain. Kalau tanya aku memang aku suka orang yang mengedik ni.
Sejuk hatiku haha..
“Menyampah aku..meluat tengok..rasa nak tukul jer kepala dia”..
itu adalah ungkapan biasa yang diterima oleh orang yang mengedik. Aku tak rasa
orang yang mengedik itu menganggu orang yang nak menukul kepala orang yang
mengedik. Mungkin sekadar matanya terganggu melihat orang yang mengedik
terkinja-kinja untuk mendapatkan perhatian dari jantan yang disukainya.
Biarkanlah.. janganlah di cerca akan dia kerana jika menolak akan jantan itu
semasa digedik nescaya tidak akan mengedik lagi yang mengedik kepada orang yang
di gedik. Tak baik berprasangka buruk tau hehe..
Dah pening kepala aku cerita pasal gedik ni.. sudahnya aku
sendiri pun tergedik-gedik haha. Lepas ni akan lebih ramai lagi pembuat biskut raya yang terterjah
blog aku masa cari resipi. Dapatlah jugak aku makan biskut free. Kepada ‘Cik S’,
itulah pandangan aku.. betul atau tidak terpulanglah kepada semua yang sempat
membaca kisah gedik ni.. Sendiri baca..sendirilah nilai..
No comments:
Post a Comment