Powered By Blogger

Wednesday, September 12, 2012

Si Kongkang dan Sang Helang


Tajuk yang aku buat biasanya hanya sebagai kiasan je. Ada maksud tersirat kepada mana-mana orang yang nak berfikir. Serupa gak macam filem-filem arahan P.Ramlee, kalau sekadar menonton dan menyengih  sorang-sorang maka itulah yang kita dapat, kalau di fahami maksud yang tersirat makanya akan belajarlah sesuatu dari apa yang di pertontonkan.

Tak ramai yang tahu binatang apanya ‘Kongkang’ ni, yang pasti ia memang seekor binatang, Cuma tak glamer je macam ‘Helang’. Kongkang ni adalah makhluk Tuhan yang hidup di hutan, boleh dikatakan specis beruk dan sudah semestinya  bukan dari spesis ‘orang’ yang si Darwin dok sibuk-sibukkan tu. Memang payah nak jumpa binatang ni. Kalau setakat  cari kat semak belakang rumah memang takkan jumpa de. Pokoknya memang bintang ni jenis pemalu, lebih pemalu dari aku haha.

Helang pulak rasanya semua orang tahu. Dari lirik lagu sampailah kepada  sarung bantal, semuanya menggunakan nama atau pun gambar helang ni. Punyalah terkenal helang ni kan, sampai kembang hidung orang yang menggunakan gelaran helang ni.

 ‘Kongkang’ dan ‘Helang’ punya fungsi dan aturannya sendiri sesuai dengan fitrah kejadian yang Tuhan dah tentukan. Kalau tak de helang dan konkang maka akan terganggulah putaran alam. Manusia suka di gelar helang tetapi amat pantang jika dipanggil kongkang. Kedua-dua ekor binatang ini memberi sumbangan kepada kesejahteraan alam  namun manusialah yang suka beza-membezakan. Siapalah kita untuk menentukan hebatnya sang helang atau buruknya  si kongkang..Cubalah adaptasikan kisah ni dalam aturan sikap yang selalu manusia buat.. Lu pikirlah sendiri beb..

No comments:

Post a Comment