Powered By Blogger

Sunday, September 16, 2012

Hero Tamil Vs Hero Bollywood


Kali ni aku nak jadi juri, tak dapat jadi juri Akedemi Fantasia jadi juri kat dalam blog kampung aku ni pun dah kira baik. Jangan ada yang saman aku sudahlah.

Kawan sepejabat aku si Malik yang ajar aku tengok filem Tamil ni, mula-mula  tu  liat gak aku nak tengok tapi bila dah mula tengok tetiba aku dah jadi peminat si Rajinikand yang selalu campak rokok dalam mulut dia tu haha.

Menonton filem Tamil dan filem Bollywood  adalah tidak dipaksa. Masing-masing ada peminat yang tersendiri. Bagi aku, filem tamil lebih reallistik dari filem Bollywood . Filem Bollywood punya wayang memang  tak boleh tahan, semuanya di gambarkan baik – baik belaka, rumah hero dia besar gedabak sampai  tangga rumah  pun panjang  dia macam nak  pergi ke langit, heroin dia jerawat sebijik pun takde.  Berbeza dengan filem  Tamil , rumah dia  adalah dari rumah  orang kebanyakkan , heroin dia pulak kalau berbadan gempal  tu dah kira biasa.

Hero Bollywood adalah terdiri dari mereka yang kacak- kacak belaka. Kalau muka pecah rumah macam aku memang tak merasalah nak jadi hero haha.  Bila berlawan dengan orang jahat akan difokuskan  dengan dekat penumbuk hero kat lubang hidung orang jahat itu. Hero Tamil tidak semestinya kacak, yang macam anak gajah pun ada . Kalau bertumbuk dengan penjahat maka akan difokuskan si penjahat itu  berpusing 3 kali selepas dikakikan oleh si hero, dan macam biasalah hero Tamil  lebih banyak berkain sarong dari berseluar jeans macam hero Bollywood. Mana yang  kita nak, tengok wayang atau kene wayang haha .

Aku kadang- kadang layan gak filem Bollywood ni, bukannya apa , saja suka tengok heroin dia yang lawa dan tergedik-gedik masa berjoget,  sampai tak berkelip-kelip mataku.  Ada maksud tersirat bila kita bandingkan hero Tamil dengan hero Bollywood ni, kalau kita suka dilambung angan-angan yang indah maka tontonlah filem Bollywood. Kalau nak tonton  realiti lebih dari  angan-angan aku rasa lebih  baik tengok filem Tamil, sekurang-kurangnya dapat gak kita tengok mata hero dia yang merah masa nak kejekan penjahat.

Satu je persamaan hero Tamil dan hero Bollywood, lepas je hero meluku orang jahat maka selepas itu barulah datang polis naik jip dengan kuncu-kuncu dia. Itulah ending dia dan disinilah jugak ending aku sebagai juri. Lain kali aku boleh mengundi lagi haha.. papai..



No comments:

Post a Comment