Di Malaysia mempunyai kereta dan motosikal adalah satu kemestian . Tidak ada lagi istilah ‘Lu ada kereta Lu kaya’ atau ‘Lu ada motor Lu manyak gaya’. Ini adalah kerana berkereta dan bermotosikal itu merupakan suatu ‘ keperluan ‘ dan bukan lagi ‘kehendak’ seperti zaman dahulu kala . Kali ini kita tidak akan bercerita pasal jenis kereta atau pun harga motosikal sebaliknya akan menfokuskan kepada penunggang dan pemandu itu sendiri.
Di setiap rumah pasti kita akan melihat adanya motosikal dan kereta. Paling koman pun motor mesti ada. Kedua-dua kenderaan ini mempunyai fungsi yang amat berguna kerana tanpanya akan lakulah penjualan pewangi ketiak di setiap kedai kerana hangitnya ketiak kita yang terpaksa berjalan kaki untuk ke mana-mana.
Ramai yang beruntung kerana mempunyai kereta atau pun motor. Lagilah beruntung jika ada kedua-duanya sekali termasuk aku hehe. Janganlah diambil kira tentang jenis antara keduanya kerana tidaklah ia memberi menafaat melainkan jika ia adalah ‘kehendak’ dan bukan lagi ‘keperluan’.
Jiwa penunggang motosikal amat berbeza dengan pemandu kereta. Penunggang motosikal tanpa di sedari selalu memaki hamun pemandu kereta. Kalau anda memandu kereta dan di potong oleh penunggang motosikal sambil penunggang itu membuat jelingan maut maka berhati-hatilah kerana mungkin anda sedang bersiar-siar di jalan lurus dengan kelajuan 40km sejam. Isyarat lucah oleh penunggang motosikal kepada anda akan dibuat jika anda menghimpit mereka ketepi jalan raya ketika anda sibuk bergelak ketawa berbual di telefon bimbit semasa memandu. Dan yang amat malang adalah jika anda sendiri memandu di atas penunggang motosikal itu tanpa diketahui tentang nasib penunggang itu sama ada masih hidup atau telah di jemput ke alam barzah. Aku adalah penunggang motosikal untuk ke tempat kerja dan aku adalah hero di jalanraya kerana sentiasa berada di hadapan semasa berhenti di traffik light. Sepertimana penunggang motosikal lain yang menggunakan keperluan ini dengan baik, aku tidak pernah merempit kecuali kalau bangun lambat dan terlewat ke pejabat haha. Mungkin semasa itu penunggang motosikal akan menjadi makian pula oleh si pemandu kereta. Menunggang sambil mengikuti pengunggang wanita yang sedang mengepit di motor skuternya adalah kegemaran penunggang lelaki kerana dapat bau minyak wangi free tanpa perlu memakai minyak wangi itu sendiri.
Sepertimana penunggang motosikal, pemandu kereta juga mempunyai jiwa kental. Jiwa akan menjadi kacau jika terlihat aksi perempit jalanan dan akan lebih kacau andai mat rempit itu merempit si sebelah kereta anda. Membodohkan penunggang motosikal yang terhuyung hayang di tengah jalan raya juga adalah perkara biasa dan akan menjadi luar biasa jika penunggangnya adalah orang tua ataupun gadis manja(terus tak jadi nak maki haha). Memandu kereta sambil menghisap rokok adalah budaya si perokok. Sambil menghembus asap rokok sambil menjeling makwe lawa yang sedang memandu di sebelah adalah rutin yang biasa di zaman moden ini. Tidak kurang juga romeo-romeo tua macam aku ni yang mendapat no telefon percuma dari para anja yang sama-sama berhenti di lampu isyarat haha.
Sama je bawak motor ke, bawak kereta ke.. janji sampai dan yang paling penting jangan menyusahkan pengguna jalanraya yang lain. Kalau kebolehan anda adalah ‘Tahan Maki’ maka jadikanlah jalanraya itu sebagai hak milik anda sendiri.. sukati kaulah jang oii..
No comments:
Post a Comment