Hari ni aku
nak bagi ceramah mengenai ’hati’ hehe..
asik cerita pasal sang kancil dengan kura-kura pun boleh mendatangkan sakit
jiwa. Sekali sekala kena la bodek hati kita ni kan. Biar hati ni ada senyum ajer.
Bagi orang yang rasa tak leh masuk bab ni dinasihatkan supaya jangan baca..aku
takut nanti kalau ada kengkawan yang berjiwa ‘metal’ akan beralih arah dengar
lagu Tomok pulak huhu. Macam aku tak pe..aku rock kapak jer.. sumer lagu pun
aku balun.. jangan marah eaa..
Sekeras mana
pun hati kita..ada masanya ia akan berbunga-bunga.. Rock Kapak ke, jiwang karat
ke.. sepultura ke.. semuanya akan merasa ‘tune’ sentimental ni.. dan yang menariknya..penyebab
‘hati berkalung bunga’ ni kita je yg tahu hehe.. Banyak sebabnya tapi biasanya orang lain
boleh agak penyebab yang sebenar-benarnya. Jadi kalau muka berparut konon-kononya pailang
tu tak yah la goreng.. ku tahu jiwamu juga berbunga..macam aku gak hahaha..
Adalah menjadi
hak peribadi untuk merasai hati yang berbunga .. berbunganya hati kita ini menandakan
kita sedang bergembira. Janganlah di tanya kenapa.. cukuplah hanya kita yang
merasa getarnya..chewahh.. kang jangan ada pulak yang buat bisnes jual bunga
email aku tanya kenapa bunga-bunganya berkalung pulak.. tak larat aku nak ulas
nanti huhu.. by the way..lupa aku nak ucap terima kasih kat ‘Cik S’ dengan
kiriman kueh rayanya.. lama dah sampai tapi lambat ucap trima kasih.. lain kali
kirimlah lagi hehe.
Kesimpulan
yang boleh dibuat adalah.. hati kita.. hanya kita sahaja yang tahu.. bergembira
atau berdukanya hati biarlah kita sahaja
yang merasa.. semoga hati akan terus gembira.. walaupun tidak diketahui akan
sela masanya..
No comments:
Post a Comment