Sape yang tak nak kaya beb. Kalau ada orang ajak aku kawen
pastu bagi 1 juta memang kompem malam ni
gak aku pakai baju pengantin siap dengan keris hahaha.
Jutawan bermaksud kita ada duit berjuta-juta, Kalau setakat
ada ribu-ribu tu belum masuk lagi
golongan jutawan ni. Aku ni ribu pun takde .. duit syiling banyakla..tu pun
banyak duit 5 sen.. Jadi aku ni masih belum tergolong dalam kalangan
orang-orang yang tinggi taraf hidupnya huhu. Semua orang pun suka jadi jutawan
ni. Hidung akan menjadi kembang, jalan pun rasanya akan terkengkang-kengkang
sebab dah terlalu banyak duit sampai selit kat seluar dalam hahaha.
Kalau dah jadi jutawan ni tak payah la sebut nak beli rumah
macam istana atau kereta yang kuantitinya berjela-jela sebab memang itu pun yang kita akan beli. Apa sahaja yang terlintas di kepala pasti akan
di beli. Rokok pun dah tak isap gudang garam ni, isap curut la nampaknya hehe.
Jujurnya, kalau aku
jadi jutawan sekali pun, aku tetap macam ni, aku tetap beli baju kat pasar
malam, aku tetap pakai selipar harga 5 hengget..Cuma mungkin aku akan amek
pembantu rumah yang ada iras-iras Lisa Surihani dengan Nora Danish hehe.. jangan marah ha..
No comments:
Post a Comment