Powered By Blogger

Wednesday, December 5, 2012

Cemburu Yang Buta


Betul ke orang kata cemburu tu tanda sayang? Rasanya macam betul ajer. Bercerita perihal cemburu ni akan memakan masa yang amat panjang. Silap-silap sampai 3 purnama baru abis . Aku akan pendekkan kisah ni untuk mengelakkan  mata orang yang membaca  dari juling dan terkeluar dari soketnya hehe.

Cemburu ada macam-macam pesen. Ada cemburu yang terpendam, ada cemburu yang macam bom atom, ada cemburu yang macam gunung berapi dan pelbagai lagilah. Yang terlibat dalam kisah cemburu ni adalah mereka-mereka yang sedang berkasih sayang dan bercintan cintun hehe.. kalau tak cintan camana ek nak cemburu.. akan buang masa lah tanya orang yang takde anje ni  sama ada dia cemburu ke tak hahaha.

Aku suka orang yang cemburu,bila dia cemburu dia akan cakap dan tunjukkan betapa cemburunya dia dan aku lebih suka yang cemburu sampai telinga aku kena tarik hehe.  Orang lain aku tak tahulah kan. Pendek kata..masing-masing ada kategori masing-masing. Pandai-pandailah jang oii.

Tapi awas, cemburu buta adalah racun..buta tu yang tak tahan tu. Silap-silap ada yang baring kat landasan ketapi mintak kena lenyek. 

Cemburu itu perlu dan ianya mesti berada di landasan yang betul.. jangan sampai ada yang kena kejar dengan sabit dah la..tak dapek den nak nolong eh.. 

No comments:

Post a Comment