Powered By Blogger

Thursday, December 27, 2012

Sebuah Sajak.. Serangkai Rasa


Menyusuri  setiap perjalanan hidup,
Membataskan segala ruang waktu..ruang  yang penuh dengan kekesalan,
Menyimpan bait-bait sangka  yang sukar untuk ditelan,
Lorong-lorong itu seakan tiada berpenghujung,
Memakan diri sedikit demi sedikit hingga tawarnya rasa..sehingga tenggelamnya jiwa..

Tenggelam timbul menggapai tebing.. berpaut menghela nafas,
Terpegun tenggelam ke dasar jauh.. menangisi tangisan hati..

Sinar itu tiba..cahaya  menyilang rasa,
Berputik suara hati yang selama ini bisu,
Gawang hati kian menyeri.. seolah senyuman  didepan mata,
Namun tiada sela masa..  dan terbatas di danau kota.

Bagi pelayar sepi,
Tiada arah yang pasti,
Sekadar membujuk angin,
Menyusur  dan mengharungi  janji-janji hati….

Wednesday, December 5, 2012

Cemburu Yang Buta


Betul ke orang kata cemburu tu tanda sayang? Rasanya macam betul ajer. Bercerita perihal cemburu ni akan memakan masa yang amat panjang. Silap-silap sampai 3 purnama baru abis . Aku akan pendekkan kisah ni untuk mengelakkan  mata orang yang membaca  dari juling dan terkeluar dari soketnya hehe.

Cemburu ada macam-macam pesen. Ada cemburu yang terpendam, ada cemburu yang macam bom atom, ada cemburu yang macam gunung berapi dan pelbagai lagilah. Yang terlibat dalam kisah cemburu ni adalah mereka-mereka yang sedang berkasih sayang dan bercintan cintun hehe.. kalau tak cintan camana ek nak cemburu.. akan buang masa lah tanya orang yang takde anje ni  sama ada dia cemburu ke tak hahaha.

Aku suka orang yang cemburu,bila dia cemburu dia akan cakap dan tunjukkan betapa cemburunya dia dan aku lebih suka yang cemburu sampai telinga aku kena tarik hehe.  Orang lain aku tak tahulah kan. Pendek kata..masing-masing ada kategori masing-masing. Pandai-pandailah jang oii.

Tapi awas, cemburu buta adalah racun..buta tu yang tak tahan tu. Silap-silap ada yang baring kat landasan ketapi mintak kena lenyek. 

Cemburu itu perlu dan ianya mesti berada di landasan yang betul.. jangan sampai ada yang kena kejar dengan sabit dah la..tak dapek den nak nolong eh.. 

Sunday, December 2, 2012

Kalau Aku Jutawan


Sape yang tak nak kaya beb. Kalau ada orang ajak aku kawen pastu bagi 1 juta memang kompem malam ni  gak aku pakai baju pengantin siap dengan keris hahaha. 

Jutawan bermaksud kita ada duit berjuta-juta, Kalau setakat ada  ribu-ribu tu belum masuk lagi golongan jutawan ni. Aku ni ribu pun takde .. duit syiling banyakla..tu pun banyak duit 5 sen.. Jadi aku ni masih belum tergolong dalam kalangan orang-orang yang tinggi taraf hidupnya huhu. Semua orang pun suka jadi jutawan ni. Hidung akan menjadi kembang, jalan pun rasanya akan terkengkang-kengkang sebab dah terlalu banyak duit sampai selit kat seluar dalam hahaha.

Kalau dah jadi  jutawan ni tak payah la sebut nak beli rumah macam istana atau kereta yang kuantitinya berjela-jela  sebab memang itu pun yang kita akan beli.  Apa sahaja yang terlintas di kepala pasti akan di beli. Rokok pun dah tak isap gudang garam ni, isap curut la nampaknya hehe.

Jujurnya, kalau  aku jadi jutawan sekali pun, aku tetap macam ni, aku tetap beli baju kat pasar malam, aku tetap pakai selipar harga 5 hengget..Cuma mungkin aku akan amek pembantu rumah yang ada iras-iras Lisa Surihani dengan Nora Danish hehe..  jangan marah ha..