Salam buat aku dan semua.. berjumpa lagi dalam kisah yang mengarut ni.. siri 2 kisah aku di zaman persekolahan ditangguhkan buat sementara untuk memberi laluan kepada iklan yang tah apa-apa ni hehe..
Dalam dunia ni ada bermacam-macam jenis manusia.. aku percaya semua orang pun dah jumpa paten2 species 'homo sapien' ni. tapi dimanakah kita? siapakah pula yang menilai kita.. dalam golongan apa pulak kita.. kalau tanya diri sendiri memang kompem kita akan kata bahawa sesungguhnya kita adalah manusia yang terbaik..apa yang kita cakap semua betul..apa yang kita buat semuanya tak ada yang salah.. pemikiran orang lain kalau tak selari dengan kita nescaya akan mengundang masalah..kalau ada bantahan dari orang lain maknanya memang orang lain yang bongok..soalannya..betul ke?
Pepatah melayu memang dah lama sebut dah..rambut sama hitam..hati lain-lain.. kalau hati semua sama walaupun rambut lain kaler..itu dah dikira satu kemajuan hehe.. jadi memang akan berlaku bab2 yang semua orang tahu kalau tak sebulu ni.. ada ke jalan penyelesaian bagi kes2 macam ni? tepuk dada..tanyalah selera.. aku no komen sebab memang benda2 macam ni takkan selesai.. tu sebabla orang suka bertelagah.. bertelagah tu satu hal.. kesan bertelagah pun satu hal.. memang akan jadi hal.. jadi..masing-masing punya hal lah nampaknya.. hal sendiri..sendiri la tanggung.. takkan nak longgok atas kepala aku pulak haha..
Tu je la isu yang aku nak mengarut..lain kali aku sambung lagi.. Tata..Titi..Tutu..
Saturday, August 25, 2012
Tuesday, August 21, 2012
Aku dan hidupku siri 1
Tah apa la yang merasuk aku sampai aku nak bercerita panjang pasal sejarah hidup aku ni . Aku pecahkan kepada beberapa siri sebab takkan la kisah 36 tahun nyawa aku ni boleh di ceritakan dalam masa 1 hari plak ye tak huhu.
Yang pasti kisah hidup aku ni memang aku je la yang baca .. Jangan lupa.. memang blog ni adalah untuk aku hehe.. Tak akan ada producer yang nak buat drama atau tak akan ada penerbit yang sanggup kuarkan modal nak wayangkan cerite aku ni.. Cukuplah sekadar jadi bahan bacaan yang tak de makna kat orang lain kecuali aku.
Aku lahir kat Johor.Mak ayah aku memang orang Negeri Sembilan. Masa tu bapak aku bertugas sebagai 'Sojar' di kem Majidee.. jadi lahirlah aku kat sana. Aku pun tak berapa ingat apa aku buat masa aku kecik2 dulu. Yang aku ingat sikit masa aku sekolah tadika kat Ipoh bila bapak aku kena posting kat kem sana. Cikgu tadika aku masa tu tak berapa suka aku.. aku pun tak tahu apa ke hal nya dia tak suka.. Aku rasa aku tak degil hehe.. best fren aku masa tu jiran sebelah rumah.. nama dia wati.. dengan dia la aku selalu pegi tadika pagi2.. Petang2 selalu gak aku join bebudak kat kem tu main konda-kondi..tak pun gi main senggayut kat pokok hantu yang banyak tali tu. Kisah masa tadika ni aku rasa tak banyak yang nak di ceritakan sebab benda dah berkurun.. jadi ingatan pun tak la banyak.. maklumlah..dah tua2 nih susah nak ingat kisah dolu2.
Bapak aku pencen 'sojar' sekitar awal tahun 80an. Masa tu aku dan keluarga kembali semula ke Negeri Sembilan.. Duk kat Batu Kikir.. Darjah 1 dengan darjah 2 aku bersekolah kat Sekolah Kebangsaan Batu Kikir. Sekali sekala aku dengan adik dengan abang dengan kakak aku tolong mak ayah aku kat kebun getah milik aruah 'Wan'.
Tak lama lepas tu bapak aku dapat masuk Felda..Felda Serting 4, bermulalah hidup aku sebagai anak peneroka merangkap anak seorang 'sojar' pencen.
Awal 80an dekat Felda bukanlah senang macam sekarang. 2 kepala paip air di kongsi dengan 1 blok.. 'Karen' pun tak de masa tu.. Pakai bateri lori yang kena cas hari2 dengan lampu gasolin je. Lepas tu bapak aku beli ganerator. Tb pun jarang tengok sebab siaran dia start lebih kurang pukul 4 petang.. yang ada siaran masa tu pun tb1 dengan tb2 je sebelum tb 3 join channel tahun 1985. Aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Serting Felda. sampai la aku darjah 6. Satu yang aku pelik ialah masa aku sekolah rendah dulu aku selalu dapat jadi top 3 dalam kelas. Nak kata aku belajar pun tak jugak. Lepas je abis sekolah agama kompem aku gi join main kat area blok aku dengan budak2 situ sampai nak masuk maghrib.. Malam gi mengaji kat rumah Ustat Ali. Lepas tu terus tido hehe..
Sukan yang aku masuk masa sekolah rendah dulu ialah hoki.. dapat lah sampai wakil daerah. Game hoki last yang aku ingat masa main kat padang MPS. Kalah ngan sekolah Si Rusa PD 6-1 kalau tak silap aku. Masa sekolah rendah dulu rasanya aku tak pernah ada makwe kot. Ye lah kan. Orang tak kacak macam aku ni sapelah yang nak. Ada gak terdengar yang aku ada peminat.. cuma sekadar dengar je la kan..maklumlah.. tak cukup umur hehe.
Kalau nak diikutkan keputusan UPSR aku tak la bagus sangat. Pernah apply MTD tapi tak dapat sebab mata rabun. Cuma yang aku ingat aku dapat 2 tawaran ke sekolah menengah. 1 kat Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, 1 lagi kat Asrama Semai Bakti Felda Kelana Jaya. Atas nasihat keluarga , aku memilih ke Asrama Semai Bakti Felda Kelana Jaya iaitu asrama untuk anak-anak peneroka.
Penat gak menaip ni.. Idea pun dah kurang.. Siri seterusnya adalah berkenaan zaman masa aku kat asrama Kelana Jaya.. InsyaAllah..ada rezeki nanti kita jumpa lagi.. Tata..Titi..Tutu..

Saturday, August 18, 2012
Suara Di dalam Kalbu
Beberapa tahun dulu blog ni aku buat dengan bantuan seorang sahabat.. dan blog ini macam dah terkubur.. dah lama aku tak update.. tak reti aku nak cakap apa.. Bila di kenang balik. rupanya banyak gunanya blog ni.. aku boleh cakap apa aku nak cakap.. aku boleh luahkan apa yang aku nak luahkan.. apa yang ada dalam kepala otak aku ni rupa-rupanya boleh dikongsi hehe.. masing-masing ada kepala tapi isi kepala takkan nak sama ye tak.. kalau takde sesapa nak baca blog ni pun aku tak kesah sebab aku buat untuk aku kan keh keh keh..
Jadi..biarkanlah aku menyungut kat sini sensorang sebab aku tak kacau orang lain.. Inilah aku.. nak cakap aku ni sentimental rasanya ye gak..jiwang tu adala sikit..tapi yang pasti segala macam sifat pun ada kat aku ni.. yang tahu diri kita ni cuma Tuhan dengan kita je.. selebihnya terpulanglah kepada orang lain untuk menilai.. tiada paksaan kan..
Mula-mula tadi macam banyak benda je aku nak bubuh kat sini..dah start menaip ni blur pulak kepala otak aku yang memang dah berkarat ni.. takpelah.. kalau aku ada benda nak cakap nanti aku bubuhla apa yang patut kat sini.
Terpikir jugak aku kalau takde sesapa yang baca blog ni.. kompem aku macam orang giler syok sendiri menaip tetengah malam buta ni.. tapi takpe kan.. blog ni untuk aku..jadi..aku sorang je la baca huhuhu..
Tu je la kot..lain kali aku taip lagi.. Tata..Titi..Tutu..

Salam Aidilfitri..
Salam aidilfitri buat semua.. Moga perjalanan hidup kita akan sentiasa di Rahmati Allah..
Friday, August 17, 2012
Suara hati
Aku selalu melihat apa yang ada didepan..menilai apa yang ada dibelakang..dan terperangkap di pertengahan laluan. Aku punya impian..walaupun kadangkala mungkin sekadar impian.. Tapi aku percaya.. Satu hari nanti akan tercapai segalanya.. Jauh di sudut hati tersimpan api kemarahan..tersimpan kesedihan.. tersimpan seribu satu macam keluh kesah yang hanya Tuhan tahu segalanya.. Seringkali aku bertanya.. kemana arahku.. kemana tujuanku.. tanpa aku tahu..aku tetap melangkah walaupun langkahku tempang..bertatih menanggung beban yang seolah tidak tertanggung olehku.. Ya Tuhan..Tunjukkanlah jalan buatku.. permudahkanlah segala urusanku.. Berikanlah aku kesempurnaan hidup yang telah lama aku impikan.......
Bara Hati
Buat kesekian kalinya..
Tiada noktah dalam setiap laluan hidupku..
Terawang aku dalam putaran hidup yang tiada penghujungnya..
Pasti akan menjelang..
Bila hukum mendatang..
Bila gendang di palu..
Menandakan berakhirnya hayat..
Tiada lagi pilu..
Tiada lagi duka mencengkam..
Hanya parut yang berdarah,,
Yang akan terus kekal..
Selamanya..
Subscribe to:
Posts (Atom)