Powered By Blogger

Sunday, November 4, 2012

Diari: Sebuah Catatan Kehidupan


Setiap dari  kita melalui sebuah kisah yang panjang dalam mengharungi hidup. Pahit manis kehidupan akan sentiasa dikenang sehingga ke akhir hayat.

Mencatat liku-liku hidup bukanlah kegemaran semua orang. Ada yang suka menulis..ada yang hanya suka mengingati.. lakukanlah mengikut apa yang di rasakan baik. Lain pulak gaya bahasa aku kali ni.. macam sayu  ajer huhu.. Tak la sedih pun cuma tune ‘sentimental’ dah sampai agaknya. Aku pernah ada diari satu masa  dahulu.. aku tulis untuk aku kenang dan hasilnya dapat jugak aku ‘review’ diari yang aku tulis masa aku tingkatan 4 dulu. Kalaulah aku terus menulis diari sampai sekarang, mungkin rumah aku dah jadi perpustakaan bergerak agaknya huhu.

Menulis diari dapat mengingatkan kita betapa  kecilnya kita pada masa dahulu. Kematangan kita dapat diukur dan di bezakan setelah kita membaca apa yang kita lakukan berdekad dahulu. Dan ianya secara tak lansung akan manjadi guru yang amat membantu tanpa kita sedari.

Diari tak boleh dibaca oleh orang lain dan menjadi rahsia yang mesti disimpan oleh si penulis. Diari adalah kita kerana itulah kita semasa ia di nukilan kan. Tiada manusia  yang berbohong dalam diari kecuali untuk dijadikan buku bagi pasaran terbuka.

Jangan silap yo.. ramai orang  kata mamat  atau minah jiwang je yang tulis diari ni. Aku yang rock kapak ni pun tulis gak hehe. Bila anda semua dah tua..dah nak pencen, baru anda akan tahu nikmatnya mengenang kisah hidup anda..tu pun kalau panjang umur la..kalau padam awal alamatnya akan jadi kapal terbang kertas diari tu haha..

No comments:

Post a Comment