Powered By Blogger

Wednesday, November 21, 2012

Bila Hati Berkalung Bunga


Hari ni aku nak bagi ceramah mengenai  ’hati’ hehe.. asik cerita pasal sang kancil dengan kura-kura pun boleh mendatangkan sakit jiwa. Sekali sekala kena la bodek hati kita ni kan. Biar hati ni ada senyum ajer. Bagi orang yang rasa tak leh masuk bab ni dinasihatkan supaya jangan baca..aku takut nanti kalau ada kengkawan yang berjiwa ‘metal’ akan beralih arah dengar lagu Tomok pulak huhu. Macam aku tak pe..aku rock kapak jer.. sumer lagu pun aku balun.. jangan marah eaa..

Sekeras mana pun hati kita..ada masanya ia akan berbunga-bunga.. Rock Kapak ke, jiwang karat ke.. sepultura ke.. semuanya akan merasa ‘tune’  sentimental ni.. dan yang menariknya..penyebab ‘hati berkalung bunga’ ni kita je yg tahu hehe..  Banyak sebabnya tapi biasanya orang lain boleh agak penyebab yang sebenar-benarnya.  Jadi kalau muka berparut konon-kononya pailang tu tak yah la goreng.. ku tahu jiwamu juga berbunga..macam aku gak hahaha..

Adalah menjadi hak peribadi untuk merasai hati yang berbunga .. berbunganya hati kita ini menandakan kita sedang bergembira. Janganlah di tanya kenapa.. cukuplah hanya kita yang merasa getarnya..chewahh.. kang jangan ada pulak yang buat bisnes jual bunga email aku tanya kenapa bunga-bunganya berkalung pulak.. tak larat aku nak ulas nanti huhu.. by the way..lupa aku nak ucap terima kasih kat ‘Cik S’ dengan kiriman kueh rayanya.. lama dah sampai tapi lambat ucap trima kasih.. lain kali kirimlah lagi hehe.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah.. hati kita.. hanya kita sahaja yang tahu.. bergembira atau berdukanya  hati biarlah kita sahaja yang merasa.. semoga hati akan terus gembira.. walaupun tidak diketahui akan sela masanya..

Tuesday, November 13, 2012

noktah



Syok gak dengar lagu ni..aku tak fanatik kat mana-mana penghibur kat malaysia ni. Mana lagu yang sedap didengar memang aku layan je beb.. oklah.. selamat mendengar..

Tuesday, November 6, 2012

Batu Api dan Sang Kelembai


Kita hidup bermasyarakat. Di keliling kita terdapat ramai orang yang bersama-sama  meneruskan hidup. Kalau masing-masing duduk dalam gua makanya  buang Karen lah aku ulas  tajuk kat atas tu..

Masyarakat setempat akan membina satu komuniti, dari pelbagai komuniti akan lahirlah pula  istilah yang kita panggil Negeri dan akhirnya Negara. Susur galur ini berpuncakan asas yang sama, runtuh komuniti bermakna akan runtuh la Negara. Sejarah telah menyatakan dengan jelas akan tamadun kita yang hancur  akibat dari permasalahan yang berstrukturkan komuniti ini. Dalam istilah sains pula jika campuran sebatian kimia itu tidak stabil maka akan menyebabkan ia terpecah dengan sendirinya. Macam Profesor kangkung plak aku ni haha.

Penyakit hati  dalam  masyarakat sejak dari zaman dahulu adalah sama dan masalah ini di percayai akan berterusan tanpa diketahui cara untuk menyelesaikannya.  Batu dan api adalah dua unsur  sebatian yang berlainan. Apabila dua batu yang keras di ketuk bersama akan menghasilkan percikan api. Dengan factor lain yang menyumbang seperti oksigen dan bahan bakar yang sesuai maka akan terbakar lah hatiku  huhu..

Masyarakat yang berhatikan batu berapi ini tidak pernah belajar dari sejarah. Tidaklah di ketahui keseronokan menjadi batu api ini melainkan kita tumpang sekaki hehe. Aku pernah tengok orang pompuan main tarik rambut sebagai reaksi dari batu yang telah di apikan manakala orang yang meng’api’kan hanya tersenyum kambing. Itu belum lagi dua jantan yang bertumbuk atas masalah yang sebenarnya tak jadi masalah pon. Semuanya adalah angkara hati panas akibat di apikan.

Orang yang menjadi batu api tidak boleh menjadi Sang Kelembai kerana ditakuti akan menyebabkan ramai orang lain yang akan bertukar jadi selipar  ataupun mangkuk jamban tetapi amat baik jika si batu api ini di tinggalkan serumah dengan Sang Kelembai. Ini akan menjimatkan kos kerana si batu api ini boleh disumpah mengikut keperluan haha.. kalau nak tengok tarian tiang hanya perlu menyumpah dia jadi penari tiang..kalau nak kupas kelapa sumpah je dia jadi parang..kan sonang..

Monday, November 5, 2012

Aku..Sebuah Kisah



Ada yang komplen kata kenapa pic kat blog aku ni sama je dengan pic kat dalam Fb huhu.. Aku bukannya jenis suka bergambar.. ye lah kan..idung ku  tak mancung..pipi plak sorong-sorong..mana la gambar nak melekat haha..



Anak ikan.. Satu pandangan..


Cerita pada kali ini agak sensitive dan aku dah klasifikasikan bacaan ni sebagai 18 SG hehe..yang tak cukup umur kalau terbuka tajuk ni diminta untuk main jauh-jauh..aku tak bertanggung jawab kalau ada emosi yang terganggu.. yang terlebih SG tu boleh la baca tapi duk diam-diam..pening kepala aku kang keh keh keh..

Semasa aku  melancong kat Thailand dolu2.. diaorang istilah kan anak ikan ni sebagai anak itik.. pelik gak bunyi dia.. kira ok la jugak sebab satu species hehe..  Anak ikan adalah istilah yang digunakan bagi wanita berusia yang nak bertemankan lelaki muda yang macho.. aku tak dapat nak digolongkan dalam senarai anak ikan sebab aku dah masuk ketegori tua  walaupun  berjiwa muda,  dah tu  tak macho plak huhu..kalau ada jugak yang nak ber ‘anak ikan’ kan aku memang aku set je hahaha. Ku sedar siapa diriku.. chewah..

Teringin jugak sebenarnya aku nak jadi anak ikan tapi sekadar teringin ajer la.. manala aku  nak cari mak ikan ni..  Sepatutnya mak ikan la yang cari kan..jadi simpan ajer la hajat aku tu.


Tak sanggup plak aku nak teruskan cerita.. kang ada pulak yang tembak aku pakai senapang gajah haha..
papai...

Sunday, November 4, 2012

Diari: Sebuah Catatan Kehidupan


Setiap dari  kita melalui sebuah kisah yang panjang dalam mengharungi hidup. Pahit manis kehidupan akan sentiasa dikenang sehingga ke akhir hayat.

Mencatat liku-liku hidup bukanlah kegemaran semua orang. Ada yang suka menulis..ada yang hanya suka mengingati.. lakukanlah mengikut apa yang di rasakan baik. Lain pulak gaya bahasa aku kali ni.. macam sayu  ajer huhu.. Tak la sedih pun cuma tune ‘sentimental’ dah sampai agaknya. Aku pernah ada diari satu masa  dahulu.. aku tulis untuk aku kenang dan hasilnya dapat jugak aku ‘review’ diari yang aku tulis masa aku tingkatan 4 dulu. Kalaulah aku terus menulis diari sampai sekarang, mungkin rumah aku dah jadi perpustakaan bergerak agaknya huhu.

Menulis diari dapat mengingatkan kita betapa  kecilnya kita pada masa dahulu. Kematangan kita dapat diukur dan di bezakan setelah kita membaca apa yang kita lakukan berdekad dahulu. Dan ianya secara tak lansung akan manjadi guru yang amat membantu tanpa kita sedari.

Diari tak boleh dibaca oleh orang lain dan menjadi rahsia yang mesti disimpan oleh si penulis. Diari adalah kita kerana itulah kita semasa ia di nukilan kan. Tiada manusia  yang berbohong dalam diari kecuali untuk dijadikan buku bagi pasaran terbuka.

Jangan silap yo.. ramai orang  kata mamat  atau minah jiwang je yang tulis diari ni. Aku yang rock kapak ni pun tulis gak hehe. Bila anda semua dah tua..dah nak pencen, baru anda akan tahu nikmatnya mengenang kisah hidup anda..tu pun kalau panjang umur la..kalau padam awal alamatnya akan jadi kapal terbang kertas diari tu haha..