Powered By Blogger

Monday, October 29, 2012

EDISI KHAS: Kalau Aku Halimunan


Lama dah rasanya aku tak bersiaran.. bizi sikit..internet pun macam hampeh jugak.. ada kesempatan ni aku sambung la sikit. 

Kali ini aku tak nak cerita benda yang biasa dilihat, di dengar atau di pandang. Sekali-sekala kenala berfantasi. Fantasi pun ada macam-macam. Fantasi tak senonoh tu biasa huhu. Cumanya fantasi ni lebih kepada fantasi aku la. Orang lain punya fantasi takkan aku nak sapu jugak kecuali kalau di ceritakan kat aku hehe.

Halimunan ni bermaksud orang tak nampak. Bukan macam jet halimunan yang tak nampak dalam radar tu.. orang Indon panggil siluman. Siluman ke..halimunan ke..samo yo jang.. janji orang tak nampak. Dalam pembikinan filem orang puteh kita dah biasa tengok cerita orang halimunan ni. Cerita melayu pun memang ada, dalam syok menonton tu aku pasti separuh dari kita dok berangan yang dia tak boleh dilihat oleh orang lain hehe..

Macam-macam buleh buek jang oii kalau orang tak nampak kita dengan mata kasar.. tak payah tebuk dinding nak intai orang mandi haha..  Tu je la kot fantasi aku hehe..sori la geng..gurau-gurau ajer..jangan marah  ha..  aku nak gi bersenam kejap..babai..

Monday, October 8, 2012

Gincu..Sikat dan Cermin


Tak reti jugak apa aku nak ngongoikan kali ni.. Nak di jadikan cerita semasa dalam perjalanan ke pejabat pagi tadi aku terpandang ada sorang kaum hawa yang tengah kusyuk bubuh gincu bercerminkan cermin pandang belakang dalam kete sampai tak sedar dia lampu isyarat dah hijau.. Kena hon dengan orang belakang minah tu pastu mengelupur  masuk gear nak jalan. Tersenyum simpul aku hehe.. Kelakar jugak.. Tak menyempat nak bergincu, bukan ke boleh bergincu kat dalam jamban di pejabat, ataupun memang minah tu nak cepat agaknya (kena bersangka baik tau).

Wanita berkerjaya memang tak boleh dipisahkan dari gincu.. serupa macam  perokok  yang disuruh tinggalkan rokok lepas makan,  mana nak boleh huhu . Memang lawa orang yang bergincu ni, rasa macam nak gigit-gigit jer bibir yang berkaler-kaler tu. Jarang aku tengok kaum hawa yang tak bergincu, boleh dikira dengan jari. Kalau tak bergincu sekalipun at least ada gak di sapunya pelembab bibir, basah je nampak bibir tu.. lagilah geram aku dibuatnya haha. Wanita yang memakai gincu adalah wanita yang ingin kelihatan anggun.. nampak bergaya dan  comel. Jangan ada pulak jantan yang cuba-cuba nak pakai gincu, den lempar kek dalam sungai nanti huhu.

Sikat pulak adalah permainan kaum lelaki.. kat poket belakang jantan-jantan ni kalau di perhatikan memang ramai yang membawa sikat kontot, sikat yang panjangnya macam pengaut sampah pun ada, terjulur je kat poket belakang, tajam pulak hujung dia, kompem berlubang poket belakang tu haha. Kaum jantan ni jarang menyikat depan orang lain kecuali lepas bukak helmet masa rambut tengah kusut masai atau pun semasa terlihat gadis berkebaya tengah berjalan depan dia sambil  kontrol lawa.

Cermin ni pulak dah macam nasik. Takde cermin rasa macam mandi tak basah, tidur tak lena.  Ramai yang suka bercermin sampai terlupa yang cermin tu pun dah muak tengok orang yang asik-asik menyuluh je haha.

Aku bersikat pakai jari , cermin pun aku pakai  cermin sakti je. Tak payah nak tengok, aku tanya je cermin tu aku ni kacak ke tak haha..  Kalau nak cermin sakti kat aku ni belanja aku ayam golek 2 ekor haha…

Saturday, October 6, 2012

Aku Blogger kampung..


Dalam dunia Siber yang penuh pancaroba dan canggih ni aku sedar siapa diriku huhu..hanya sekadar blogger kampung yang cari ilham dekat almari sambil di temani sebatang rokok. Sorila, aku tak mandi lagi.. ilham datang pulak time-time camni haha.. apa pun..selamat pagi..lain kali boleh jumpa lagi..tata..titi..tutu..

Hikayat Si Pemandu Kereta dan Penunggang Motosikal

Di Malaysia mempunyai kereta dan motosikal  adalah satu kemestian . Tidak ada lagi istilah ‘Lu ada kereta  Lu kaya’ atau ‘Lu ada motor Lu manyak gaya’. Ini adalah kerana berkereta dan bermotosikal   itu merupakan suatu  ‘ keperluan ‘ dan bukan lagi ‘kehendak’ seperti zaman dahulu kala . Kali ini kita tidak akan bercerita pasal jenis kereta atau pun  harga motosikal sebaliknya  akan menfokuskan kepada penunggang dan pemandu itu sendiri.

Di setiap  rumah pasti kita akan melihat adanya motosikal dan kereta. Paling koman pun motor mesti ada.  Kedua-dua kenderaan ini mempunyai fungsi yang amat berguna kerana tanpanya akan lakulah penjualan pewangi ketiak di setiap kedai kerana hangitnya ketiak kita yang terpaksa berjalan kaki untuk ke mana-mana.

Ramai yang beruntung kerana mempunyai kereta atau pun motor. Lagilah beruntung jika ada kedua-duanya sekali termasuk aku hehe. Janganlah diambil kira tentang jenis antara keduanya kerana tidaklah ia memberi menafaat melainkan jika ia adalah ‘kehendak’ dan bukan lagi ‘keperluan’.

Jiwa penunggang motosikal  amat berbeza dengan pemandu kereta. Penunggang motosikal  tanpa di sedari selalu memaki hamun pemandu kereta. Kalau anda memandu kereta dan di potong oleh penunggang motosikal sambil penunggang itu membuat jelingan maut maka berhati-hatilah kerana mungkin anda sedang bersiar-siar di jalan lurus dengan kelajuan 40km sejam. Isyarat lucah oleh penunggang motosikal kepada anda akan dibuat jika anda menghimpit mereka ketepi jalan raya ketika anda sibuk bergelak ketawa berbual di telefon bimbit semasa memandu. Dan yang amat malang adalah jika anda sendiri  memandu di atas penunggang motosikal itu  tanpa diketahui tentang nasib penunggang itu sama ada masih hidup atau telah di jemput ke alam barzah.  Aku adalah penunggang motosikal untuk ke tempat kerja dan aku adalah hero di jalanraya kerana sentiasa berada di hadapan semasa berhenti di traffik light. Sepertimana penunggang motosikal  lain yang menggunakan keperluan ini dengan baik, aku tidak pernah merempit kecuali kalau bangun lambat dan terlewat ke pejabat haha. Mungkin semasa itu penunggang motosikal akan menjadi  makian pula oleh si  pemandu kereta. Menunggang sambil mengikuti pengunggang wanita yang sedang mengepit di motor skuternya adalah kegemaran penunggang lelaki kerana dapat bau minyak wangi free tanpa perlu memakai minyak wangi itu sendiri.

Sepertimana penunggang motosikal, pemandu kereta juga mempunyai jiwa kental. Jiwa akan menjadi kacau jika terlihat aksi perempit jalanan dan akan lebih kacau  andai mat rempit itu merempit si sebelah kereta anda. Membodohkan penunggang motosikal yang  terhuyung hayang di tengah jalan raya juga adalah perkara biasa dan akan menjadi  luar biasa jika penunggangnya adalah orang tua ataupun gadis manja(terus tak jadi nak maki haha). Memandu kereta sambil menghisap rokok adalah budaya si perokok. Sambil menghembus asap rokok sambil  menjeling makwe lawa yang sedang memandu di sebelah adalah rutin yang biasa di zaman moden ini. Tidak kurang juga  romeo-romeo tua macam aku ni yang mendapat no telefon percuma dari para anja yang sama-sama berhenti di lampu isyarat haha.

Sama je bawak motor ke, bawak kereta ke.. janji sampai dan yang paling penting jangan menyusahkan pengguna jalanraya yang lain. Kalau kebolehan anda adalah ‘Tahan Maki’ maka jadikanlah jalanraya itu sebagai hak milik anda sendiri..  sukati kaulah jang oii..

Thursday, October 4, 2012

Samseng Kampung Dusun dan Hero Kampung


Orang kata kalau muka tak berparut memang tak boleh nak di kata samseng.  Parut tu pulak kenalah nampak panjang macam parut si Komeng dalam sketsa Bentayan,  barulah orang kampong takut hehe. Sengaja aku bukak cerita ni sebab ianya menarik perhatian aku di sebabkan ramai orang yang berperangai macam samseng sekarang ni.

Kalau ada samseng mesti ada hero, kalau tak samseng akan bermaharajalela, kalau hero je yang ada tapi samseng tak de pun tak guna jugak, camana nak tunjuk hero kan. Jadinya..watak samseng dan hero ni dua-dua kena ada..kedua-duanya amat di perlukan untuk membolehkan masyarakat menilai yang mana baik dan  yang mana buruk. Asik tengok hero je pun muak jugak, pandang samseng hari-hari pun sakit gak hati.

Hero kampong hanya hebat di kampongnya sendiri, masuk kampong orang akan menjadi seperti ayam berak kapurlah dia. Dia tak dapat jadi hero kampong orang lain kerana disitu dah tersedia  hero kampong tersebut. Tetapi samseng kampong sendiri  boleh jadi samseng kat kampong orang  lain kerana tak boleh ada 2 hero dalam satu kampong haha.. Tak betul ke apa aku cakap.. Kalau ada 2 hero dalam satu kampong bermakna tak payah ada samseng kerana hero yang berdua itu salah seorangnya akan jadi samseng untuk merampas tahta hero..

Aku nak jadi hero jap.. nak selamatkan adik manis yang tengah mintak tolong tu haha.. papai..

Monday, October 1, 2012

Glamer.. dan Kena Buli


Glamer  dan kena buli adalah sinonim dengan hikayat orang-orang zaman sekarang. Ianya sentiasa berlegar di sekeliling kita sama ada kita sedar atau tidak.

Kita menyebut ‘glamer’ dalam bahasa pasarnya, dalam bahasa  orang puteh di kosakatakan sebagai ‘Glamour’,  maksud sebenarnya adalah ‘terkenal’ atau ‘orang kenal’ walaupun orang yang ‘terkenal’  itu tidak mengenali orang yang ‘mengenal’. Biasanya orang kita hanya meng’khas’kan  glamer ini kepada 2 golongan manusia. Yang pertama adalah orang yang kacak atau lawa dan  kedua adalah kepada orang yang kaya dan bertimbun-timbun hartanya.

Orang yang hensam dan lawa itu terbahagi pula kepada 2 golongan. Golongan yang memang kacak dan menawan dan satu lagi adalah golongan yang ‘perasan’ mereka kacak lagi lawa. Aku  termasuk dalam golongan yang pertama haha. Sememangnya manusia suka melihat sesuatu yang cantik dan menawan, ini terbukti semasa aku berjogging kat ‘City Park Seremban 2’ dimana aku melihat ramai kaum hawa yang begitu menawan dengan lenggang kangkungnya sehingga nyaris aku terjogging kat dalam kolam   hehe. Bagi orang yang selalu kita lihat kelawaannya  akan timbullah minat untuk melihat selalu dan tanpa disedari akan glamerlah orang yang dilihat itu.. jika ditambah dengan orang lain yang sama-sama suka menengok, maka akan bertambah glamerlah orang yang lawa itu walaupun dia tidak menyedari. Kalau nak cerita pasal glamer ni memang tak cukup satu buku tapi itulah antara sekelumit kisah dari pelbagai kisah yang ada. Ada yang glamer tanpa disedari, ada yang perasan glamer dan ada pula yang gila glamer, korang letaklah diri  di ketegori mana yang korang suka, janji jangan ngata aku sudah haha.

Dalam hidup bermasyarakat memang akan ada golongan yang tidak suka menonjolkan diri. Golongan ini lebih suka membuat hal sendiri dan kelihatan pasif dimata orang-orang sekelilingnya.  Mereka berada di dalam dunia mereka sendiri . Orang lain tak sedar  golongan ini wujud walaupun mereka terpacak  di depan hidung mereka.  Kenapakah  golongan ini dipandang sebelah mata? Apakah salah dan silap mereka sehingga  mereka dianggap tiada beza jika ada atau tidak. Lebih menyedihkan adalah golongan-golongan ‘low profile’ ini dibuli kerana mereka tidak pandai  melawan atau senang kata ‘maleh nak lawan’ hehe.

Kebiasaanya mereka-mereka yang perasan glamer akan lebih mendominasi golongan yang tidak suka menonjolkan diri..  Buli adalah pilihan untuk melepaskan geram.. Geram terbit dari kehendak yang tak kesampaian, ntah la bai.. dah tak reti pulak aku nak sambung haha..  lain kalilah aku sambung..  bye bye