Orang yang minat olahraga atau orang-orang yang rajin
membaca memang akan tahu siapa Usain Bolt. Dia adalah manusia terpantas di muka
bumi buat masa ini. Mungkin lepas ni orang lain la
pulak yang pegang rekod dia.. mungkin aku haha..
Bukan nak cerita betapa pantasnya dia, Cuma aku sering tertanya-tanya kalau-kalau ada
orang Malaysia yang boleh menandingi Usain Bolt ni.
Sukan bukannya seni. Sukan adalah gabungan sains, kemahiran,teknik
dan fizikal. Kalau sukan bersandarkan
hanya dengan kekuatan fizikal semata-mata maka akan tidak kemanalah orang yang
menyertai sukan itu.Dengan padanan faktor yang betul akan melahirkan ahli sukan
yang bukan sahaja bertaraf kampong tetapi dunia. Pandangan aku ni hanya pandangan peribadi
hasil dari pemerhatian biasa bila aku tengok
slot sukan kat dalam Tb tu.
Bayangkan Usain Bolt tu katik. Langkah pun pendek, Kekuatan
kakinya sahaja tidak akan mampu membuatkan dia meraih gelaran juara dunia
kerana sains akan mengira bukaan langkahnya
dengan tenaga yang dilepaskan..Mungkin
dia akan menang bila bertanding dengan orang yang katik sepertinya. Bayangkan juga jika dia tinggi dan panjang tetapi lembik, maka bolehkah dia memecut dengan
bergaya ke garisan penamat?
Asik nak menganalisis jer aku ni.. aper pun tak bley
huhu..suka-suka je aku mengarut ni..sorila kalau boring.. oklah..nak g makan
roti canai jap.. babai..